1. Privacy Policy

3M Malaysia

3M Privacy Policy

Polisi Privasi 3M Malaysia

3M Malaysia (“3M”) menghormati hak privasi setiap individu. Selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), Polisi Privasi ini menetapkan dan menerangkan polisi 3M yang merangkumi perihal pengumpulan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi anda.

1. Apakah yang dirangkumi oleh Polisi ini?

Polisi ini:

• menetapkan prinsip-prinsip yang dipatuhi 3M semasa mengumpul, menggunakan, menzahirkan, memproses, menyimpan dan memindahkan Data Peribadi; dan

• menerangkan topik penting yang lain berkaitan dengan privasi individu.

Dengan membeli barangan daripada 3M, berkomunikasi dengan 3M melalui e-mel, melalui telefon, secara bertulis atau dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan 3M yang lain, termasuk laman web 3M, atau dengan memberikan Data Peribadi anda kepada 3M, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi anda mengikut kaedah yang dijelaskan dalam polisi ini.

Data Peribadi yang anda berikan kepada 3M sekarang atau dari semasa ke semasa atau yang telah anda berikan kepada 3M sebelum ini akan digunakan dan diproses, dan/atau akan terus digunakan dan diproses oleh 3M, selaras dengan Polisi Privasi (yang dipinda, diubah atau disemak dari semasa ke semasa) ini.

2. Pengumpulan, Penggunaan dan Penyimpanan Data Peribadi


(a) Apa yang dikumpul oleh 3M

Jenis Data Peribadi yang dikumpul daripada individu akan bergantung kepada transaksi tertentu. Data Peribadi yang dikumpul oleh 3M mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

• nama, gelaran, alamat;

• nombor pengenalan peribadi dan/atau pasport;

• nombor telefon;

• alamat e-mel dan kata laluan online;

• rekod komunikasi dengan 3M;

• maklum balas terhadap kaji selidik dan peraduan yang dianjurkan oleh 3M atau atas nama 3M;

• maklumat kad kredit atau kad debit;

• rakaman kamera atau video yang mengecamkan individu (termasuk rakaman CCTV) terpasang di sekitar premis 3M yang merupakan sebahagian daripada infrastruktur keselamatan;

• nama pengguna, kata laluan dan butiran pengenalan lain apabila anda mendaftar di laman web 3M;

• Data Peribadi Sensitif (“SPD”) – SPD merujuk kepada mana-mana data peribadi yang ditetapkan di bawah undang-undang sebagai SPD yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berkaitan dengan kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, penglibatan atau pertuduhan yang melibatkan apa-apa kesalahan, pendapat dan kepercayaan lain yang berkenaan. Jika anda memilih untuk menzahirkan SPD anda kepada 3M, data sedemikian akan disifatkan dan akan dianggap sebagai maklumat peribadi yang tertakluk kepada penggunaan, pemprosesan, dan penzahiran mengikut terma dan skop Polisi Privasi ini.

Sekiranya anda memberikan Data Peribadi pihak ketiga seperti pasangan, adik-beradik, saudara-mara dan/atau anak-anak anda, 3M mengesahkan bahawa anda telah dilantik oleh pihak ketiga tersebut untuk bertindak bagi pihak mereka dan bersetuju dengan pemprosesan, penggunaan dan penzahiran sama seperti apa yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini.

(b) Pengumpulan, Tujuan Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi

Data Peribadi akan, secara amnya, hanya diperoleh dan digunakan untuk tujuan utama seperti:

• menjalankan, meningkatkan, mengekalkan dan membinakan hubungan perniagaan dan/atau untuk tujuan pekerjaan;

• pemprosesan, servis atau penguatkuasaan transaksi dan penghantaran komunikasi yang berkaitan;

• mengenal pasti dan mengesahkan individu yang telah dibekalkan dengan mana-mana perkhidmatan atau produk 3M;

• membalas pertanyaan individu;

• mentadbir peraduan atau kaji selidik pasaran yang dianjurkan oleh 3M atau atas nama 3M;

• pemasaran (seperti memberikan maklumat kepada individu tentang produk dan notis promosi dan tawaran); dan

• memproses pembelian, permohonan, pertanyaan atau permintaan anda;

• pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penguatkuasa kawal selia dan agensi penguatkuasaan;

• tujuan pentadbiran seperti bil, pembayaran dan pengutipan hutang;

• membalas sebarang tuntutan dan/atau proses undang-undang

• menambahbaikkan laman web 3M.

3. Penzahiran

3M menzahirkan Data Peribadi:

• sebagai tujuan utama pengumpulan; atau

• sebagai tujuan yang sesuai bagi seseorang individu; atau

• individu tersebut telah bersetuju; atau

• bagi tujuan pemasaran langsung oleh 3M apabila persetujuan telah diberikan, tetapi individu akan diberikan pilihan untuk keluar daripada saluran pemasaran langsung ini. 3M tidak mengecualikan butiran komunikasi dalam mana-mana pemasaran langsung; atau

• jika dibenarkan oleh PDPA atau undang-undang lain yang terpakai atau jika dikehendaki oleh undang-undang;

• bagi syarikat induk 3M, berkaitan dan/atau bersekutu;

• dalam mana-mana mahkamah undang-undang atau mana-mana pihak yang berkaitan berhubung dengan apa-apa tuntutan atau prosiding undang-undang, firma guaman dan/atau penasihat, agensi penuntutan hutang, agensi pelaporan kredit dan/atau pembekal credit;

• bagi mana-mana agensi permbayaran termasuk tetapi tidak terhad kepada institusi kewangan untuk tujuan seperti menyimpan rekod kewangan, menilai atau mengesahkan kredit, dan menawarkan kaedah pembayaran;

• pihak penguatkuasa kawal selia dan agensi penguatkuasaan;

• pembekal perkhidmatan pihak ketiga, perunding, syarikat insurans, penaja jamin, juruaudit dan pihak penasihat berserta ejen dan/atau kontraktor apabila diperlukan;

• mana-mana bakal atau pemegang serah hak sebenar, penerima pindahan atau pemeroleh mana-mana perniagaan 3M yang berkaitan dengan mana-mana aktiviti korporat.

3M tidak menzahirkan Data Peribadi anda untuk sebarang tujuan sekunder melainkan persetujuan anda telah diberikan atau jika dibenarkan atau dikehendaki oleh PDPA atau undang-undang dan peraturan lain yang berkenaan.

3M tidak akan menjual atau melesenkan mana-mana Data Peribadi yang diperoleh daripada individu.

Mungkin akan ada senario lain yang memerlukan 3M untuk mengumpul dan menggunakan Data Peribadi yang mungkin berada di luar jangkaan munasabah seseorang. Apabila perihal ini berlaku, 3M komited untuk memberikan individu tersebut penjelasan mengenai kemungkinan penggunaan Data Peribadi apabila persetujuan diminta daripada individu tersebut.

4. Persetujuan dan Pengehadan Penggunaan dan Pemprosesan Data Peribadi Anda

Penyimpanan data peribadi yang diperlukan untuk tujuan perlaksanaan kontrak antara anda dan 3M (yang memerlukan anda untuk memberikan Data Peribadi, jika gagal, anda mungkin akan dalam kemungkiran kontrak tersebut dan/atau 3M mungkin tidak dapat berkontrak dengan anda atau memenuhi obligasi kontrak dengan anda), anda boleh memilih sama ada untuk bersetuju atau tidak bersetuju atau mengehadkan persetujuan anda bagi pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi anda.

Sekiranya anda mahu 3M menghentikan penggunaan, pemprosesan atau penzahiran Data Peribadi anda, sila hantar pernyataan bertulis kepada 3M di alamat yang diberikan dalam perenggan 9 di bawah. Dalam perihal ini, 3M mungkin tidak akan dapat menawarkan anda perkhidmatan yang anda minta. Sekiranya 3M tidak mendapat pengesahan bertulis anda, 3M menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan perihal pemprosesan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi anda.

5. Akses, Pembetulan atau Pengemaskinian Data Peribadi Anda

Untuk memastikan Data Peribadi yang diberikan diproses, digunakan dan dizahirkan dengan tepat, ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan Data Peribadi yang diberikan oleh anda (oleh anda sendiri dan/atau pihak ketiga lain seperti yang diperihalkan dalam perenggan 2 di atas) adalah tepat dan lengkap. Sila kemas kini data tersebut dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tepat.

Untuk meminta akses atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, pembetulan, pengemaskinian dan/atau aduan mengenai Data Peribadi anda yang diberikan kepada 3M sebelum ini, sila hantar pernyataan bertulis anda kepada 3M di alamat yang diberikan dalam perenggan 9 di bawah. Dengan berbuat demikian, sila berikan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan 3M mengesahkan identiti anda. Anda juga mungkin akan dikenakan bayaran untuk tujuan pemprosesan permintaan anda melainkan dan sehingga bayaran tersebut diterima oleh 3M, 3M tidak boleh memproses permintaan tersebut. Setelah 3M menerima permintaan anda, 3M boleh memilih untuk sama ada mematuhi atau menolak permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda berdasarkan alasan yang akan dinyatakan oleh 3M melalui maklum balas yang berkenaan kepada anda.

6. Anonimiti ketika Berurusan dengan 3M

3M memberikan pilihan kepada individu untuk tidak menzahirkan identiti mereka apabila berurusan dengan 3M, mengikut keadaan yang praktikal.

7. Penzahiran Rentas Sempadan

Mana-mana Data Peribadi yang diberikan kepada 3M boleh dipindahkan ke, disimpan oleh atau dizahirkan kepada penerima di luar negara. Sebagai contoh, 3M boleh menggunakan pelayan yang dihos di luar negara untuk menyimpan data, yang mungkin merangkumi Data Peribadi anda.

Data Peribadi anda juga boleh diproses oleh pekerja atau oleh pihak ketiga yang beroperasi di luar Malaysia, yang bekerja untuk 3M, atau oleh wakil dan pekerja syarikat induk 3M.

8. Maklumat Penting yang Lain

3M berhak mengubah polisi privasi ini pada bila-bila masa. Versi polisi privasi yang terkini akan dikemaskini di laman web 3M dan polisi privasi ini boleh diperolehi daripada 3M tanpa sebarang caj.

9. Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang polisi privasi 3M, sila hubungi:

Pegawai Privasi 3M Malaysia

3M Malaysia Sdn Bhd
Level 8, Block F, Oasis Square,
No. 2, Jalan PJU 1A/7A,
Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Malaysia.

Email: myprivacy@mmm.com

CATATAN:

Sekiranya terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara Polisi Privasi ini di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

3M Malaysia berhak meminda, mengubah atau menyemak Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa dalam rangkuman pemindaan, pengubahan atau penyemakan (jika ada) akan ditunjukkan secara automatik dalam Polisi Privasi ini yang boleh diakses melalui laman web syarikat 3M. Anda dinasihatkan untuk mengunjungi laman web ini.

Polisi ini telah disemak semula pada 6 September 6, 2015.

3M Privacy Policy

3M Malaysia (“3M”) respects an individual’s right to privacy. Pursuant to the requirements of the Personal Data Protection Act 2010 (”PDPA”) this Privacy Policy sets out and explains 3M’s policy on collecting, using and disclosing your Personal Data.

  • 1. What does this Policy Cover?

    This policy:

    • sets out the principles that 3M follows when collecting, using, disclosing, processing, retaining and removing Personal Data; and
    • describes other important topics relating to an individual’s privacy.

    By purchasing goods from 3M, communicating with 3M through email, by telephone, in writing or by using any of 3M’s other services, including 3M’s website, or by providing Personal Data to 3M, you agree to the collection, use and disclosure of your Personal Data in the manner described in this policy.

    The Personal Data which you provide to 3M now or from time to time or which you have provided to 3M previously will be used and processed, and/or continued to be used and processed by 3M, in accordance with this Privacy Policy (as amended, varied or revised from time to time.)

  • 2. Collection Use and Storage of Personal Data

    (a) What 3M collects

    The types of Personal Data that 3M may collect from individuals will depend upon the particular transaction. The Personal Data collected by 3M may include but is not limited to the following :

    • name, title, address;
    • personal identification and/or passport number;
    • telephone number;
    • email address and online passwords;
    • records of communications with 3M;

       

    • responses to market surveys and contests conducted by 3M or on 3M’s behalf;
    • credit card or debit card information;

       

    • camera or video footage that identifies individuals (including CCTV footage) installed at some parts of 3M’s premises as part of its security infrastructure;
    • username, password and other identifiers when you register at 3M’s website;
    • Sensitive Personal Data (“SPD”) - SPD refers to any personal data prescribed under the law as SPD which may include but is not limited to information pertaining to physical or mental health or condition, the commission or alleged commission of any offence, opinions and other beliefs of similar nature. If you chose to disclose your SPD to 3M, such data shall be deemed to be and will be treated as personal information which shall be subject to usage, processing and disclosure per the terms and scope of this Privacy Policy.

    If you provide Personal Data about a third party such as your spouse, sibling, relative and/or children, 3M confirms that you have been appointed by the said third party to act on their behalf and consent to the processing, use and disclosure of the same as stated in this Privacy Policy.

    (b) Collection, Purpose of Collection and Processing of Personal Data

    Personal Data will, generally, only be collected and used for the primary purposes of:

    • conducting, improving, maintaining and developing a business relationship and/or for employment purposes;
    • processing, servicing or enforcing transactions and sending related communications;
    • identifying and verifying individuals that have been supplied with any 3M services or products;
    • responding to an individual’s queries;
    • administering contests or market surveys conducted by 3M or on 3M’s behalf
    • marketing (such as providing individuals with information about our products and promotional notices and offers); and
    • processing your purchase, application, enquiry or request;
    • compliance with applicable laws and regulations of regulatory authorities and enforcement agencies;
    • administrative purposes such as billing, payment and debt collection;
    • responding to any claim and/or legal process
    • improving 3M’s website.
  • 3. Disclosure

    3M discloses Personal Data:

    • for the primary purpose for which it was collected; or
    • for purposes that a reasonable person will consider appropriate in the circumstances; or
    • where the individual has consented; or
    • for direct marketing by 3M where consent has been given, but individuals will be given the opportunity to opt out of such direct marketing. 3M includes its contact details in any direct marketing; or
    • where permitted by the PDPA or other applicable law or if required by law;
    • to 3M’s parent, related and/or associate company;
    • in any court of law or any relevant party in connection with any claim or legal proceedings, legal firms and/or advisors, debt collection agencies, credit reporting agencies and/or credit providers;
    • to any payment agencies including but not limited to financial institutions for purposes of maintaining financial records, assessing or verifying credit, and facilitating payment;
    • regulatory authorities and enforcement agencies;
    • third party service providers, consultants, insurers, underwriters, auditors and advisors as well as their respective agents and/or contractors on a need to know basis;
    • any actual or potential assignee, transferee or acquirer of any of 3M’s business in connection with any corporate exercise.

    3M does not disclose your Personal Data for any secondary purposes unless your consent has been given or if so permitted or required by the PDPA or other applicable laws and regulations.

    3M will not sell or license any Personal Data that it collects from an individual.

    There may be other situations where 3M may collect and use Personal Data, which are outside a person’s reasonable expectation. When this occurs, 3M is committed to providing the individual with an explanation for the possible use of the Personal Data when asking for the individual’s consent.

  • 4. Consent and Limiting the Use and Process of your Personal Data

    Save for the personal data which is necessary for the performance of contracts between you and 3M (for which you must provide the Personal Data failing which you may be in breach of contract and/or 3M may not be able to contract with you or fulfil its contractual obligation to you), you may choose whether or not to provide your Personal Data and (if already provided) may choose whether or not to consent or to withdraw or limit your consent for the collection, processing, use and disclosure of your Personal Data.

    If you would like for 3M to cease the use, processing or disclosure of your Personal Data, kindly write to 3M at the address stated in paragraph 9 below. In this respect, 3M may not be able to provide you with the services requested for by yourself. If 3M does not have your written confirmation, 3M will deem that you have consented to the processing, use and disclosure of your Personal Data.

  • 5. Access, Rectification or Updating your Personal Data

    In ensuring that the Personal Data provided is processed, used and disclosed accurately, it is your responsibility to ensure that the Personal Data submitted by you (of yourself and/or others third parties as described in paragraph 2 above) is accurate and complete. Kindly update the data from time to time to ensure that the same is accurate.

    To request access or if you have any enquiries, rectification, update and/or complaints regarding your Personal Data submitted to 3M previously, kindly write to 3M at the address stated in paragraph 9 below. In doing so, kindly provide sufficient information to enable 3M to verify your identity. You may also be charged with a fee for the processing of your said request wherein unless and until such fee is received by 3M, it will not be able to process your said request. 3M may on receipt of your request, either comply or refuse your request to access or rectify your Personal Data based on reasons which 3M shall state in its reply to you.

  • 6. Anonymity when dealing with 3M

    3M allows individuals the option not to identify themselves when dealing with it, where practicable.

  • 7. Cross Border Disclosure

    Any Personal Data provided to 3M may be transferred to, stored by or disclosed to an overseas recipient. For example, 3M may use a server hosted overseas to store data, which may include your Personal Data.

    Your Personal Data may also be processed by employees or by other third parties operating outside of Malaysia, who works for 3M, or by the representatives and employees of 3M’s parent company.

  • 8. Other Important Information

    3M reserves the right to modify this privacy policy at any time. A current version of this policy will be maintained on 3M’s website or may be obtained free of charge upon request.

  • 9. Further Information

    If you have any queries or concerns about 3M’s privacy policy, please contact:

    3M Malaysia Privacy Officer

    3M Malaysia Sdn Bhd
    Level 8, Block F, Oasis Square,
    No. 2, Jalan PJU 1A/7A,
    Ara Damansara,
    47301 Petaling Jaya,
    Selangor Malaysia.

    Email: myprivacy@mmm.com

    NOTE :

    1. In the event of discrepancies or inconsistencies of this Privacy Policy between the English version and the Bahasa Malaysia version, the English version shall prevail.

    2. 3M Malaysia reserves the right to amend, vary or revise this Privacy Policy from time to time wherein the said amendment, variation or revision (if any) will be automatically reflected in Privacy Policy accessible on 3M’s company website. You are advised to visit the website.

     

    This Policy was last revised on September 6, 2015.

Follow Us
The brands listed above are trademarks of 3M.
Change Location
Malaysia - English